Bahasa Melayu 3 - Bebel
March 27, 2009 by liyanamadihah
Bagi aku bebel kejap boleh?
Hari hari
Hari ini hari Jumaat.
Hari ini hari Jumaat malas aku.
Sebab aku pakai baju kurung yang hanya span belah kiri sahaja ada tetapi ia baju kurung kegemaran aku. *ehem ehem*
Selain itu aku pakai tudung biasa dan bukan selendang. Aku juga hanya memakai selipar Jepun @ flip flop (bahasa Inggeris lagi kelas bunyinya). Walaupun flip flop ini adalah salah satu flip flop kegemaran aku kerana corak pada tapaknya yang abstrak, namun ia mungkin dipandang rendah pihak atasan sebab mereka tak suka. Lantak apa flip flop mahal brand Roxy ke iPanema ke, (aku punya tu brand Australia) *dengan nada berlaga gila*, mereka tak kisah sebab nampak macam selipar jamban.
Malam semalam aku berjaya makan nasi lemak tanpa rasa sakit (sangat) sedangkan 2 jam sebelum itu aku menangis sebab tak tahan sakit gigi. (Padan muka siapa suruh pakai braces). Aku tau ramai nak cakap macam tu tapi simpan dalam hati.
Malam semalam pun aku cakap kat kawan lelaki (boyfriend) aku yang aku sayang sangat tu aku nak tidur setelah hampir menggelegak otak nak siapkan projek tapi akhirnya aku menulis di dalam diari dan belajar untuk ujian subjek Pengurusan (Management) hari Isnin nanti.
Petang Jumaat aku percuma (free). Nak tengok wayang cerita Knowing sebab nampak menarik. Tapi…
notakaki : sedar tak sedar aku dah nak habis semester 4.