Bahasa Melayu 2
December 16, 2008 by liyanamadihah
Dah lama tidak menulis dalam bahasa ibunda sendiri. Rindu pula. Namun tidak pula terjumpa karangan-karangan BM masa zaman sekolah dulu untuk dimuatkan dalam blog sunyi tiada pengunjung ini. Oh, mungkin kerna semua telah pun dilupuskan sebelum aku berpindah ke Bukit Jelutong. Ya, rumah ku kini besar, selesa.
Sebenarnya aku baru lepas memasang alat-alat untuk vakum tapi tangan dan hati ini terlalu merasa keringsaan untuk menulis.
Aku banyak bersosial sejak hari Sabtu. Seronok rasanya dapat berjumpa kawan-kawan teknologi*. Rantai Art Event. Mengajar aku bahawa Bahasa Melayu semakin terkubur. Aisyah juga berkata di kota London, ramai yang seperti ini :
“Apa khabar kau?” “Oh, I’m doing fine.”
Kota London kot. Kota Inggeris.
Tidak dinafikan aku juga bertutur dengan kata ganti nama ‘I’ dan ‘You’ dan juga selit-selit Bahasa Inggeris di dalam perbualan. Namun, Bahasa Melayu tidak diketepikan. Dan ya, untuk hidup di dalam dunia kini, kita perlu mengikut arus. Bahasa Inggeris adalah penting untuk mencari pekerjaan. Namun, walaupun aku dikira bagus dalam Bahasa Inggeris, ia hanyalah dalam bentuk penulisan. Keyakinan untuk berkomunikasi menggunakan mulut dalam Bahasa Inggeris, seperti tidak hadir langsung. Mana keyakinan ini ya?
Oh ya, keyakinan. Aku masih yakin dan akan terus yakin bahawa aku menyayangi si dia. Si dia hilang lah. Tolong aku cari dia boleh? Dia ada di depan mata (bukan mata kasar, ini sekadar metafora) namun…
nota: kawan-kawan teknologi* = kawan-kawan yang berdasarkan MySpace, YM & sms.
nota 2: mengapa tajuknya Bahasa Melayu 2? Kerana ada satu blog post aku dalam Bahasa Melayu juga. Cari lah
![]()
hey this is syafique from curioussyaf (my old blog!) remember?
just wanted to say Hi!!!
how r u now??
regards,
syaf
this post made my day. Thank you sayang.